Tawau: Seorang pembantu kedai terpaksa menerima lima jahitan di pergelangan tangan kirinya selepas disamun seorang lelaki menggunakan pisau pemotong kertas di sebuah premis di Bandar Fajar, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa wanita berusia 33 tahun sedang bekerja di dalam premis berkenaan seorang diri.
Tag: #samun
Dua penyamun menyamar sebagai polis ditahan
Semporna: Tindakan dua lelaki melakukan samun berkumpulan dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah pekerja di Kampung Menteritip, Pegagau, membawa padah apabila dicekup, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, dua suspek berusia 48 tahun itu ditahan polis di Batu 2 Jalan Semporna-Tawau, di sini. Ketua
Polis buru suspek samun RM120,000
Keningau: Seorang kerani wanita di sebuah pasar raya, cedera ditikam dalam insiden samun dihadapan sebuah bank di pekan Tambunan di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, 20-an, yang cedera di perut dikatakan membawa wang majikan hasil jualan bernilai RM120,000. Ketua Polis Daerah Keningau,
CCTV pantau kejadian jenayah – Polis
Kota Kinabalu: Polis menggalakkan pemilik premis di seluruh negeri ini meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau dan memudahkan siasatan sekiranya berlaku insiden jenayah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, ia adalah tindakan terbaik selepas merujuk kepada kejadian samun membabitkan pasar raya mini yang berlaku di Tuaran dan Beluran
Lelaki warga asing menyamun ditahan
Ranau: Seorang lelaki warga asing tidak sempat menikmati hasil samun, apabila ditahan sejurus melakukan jenayah itu di sebuah kedai runcit di Kampung Nalapak, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3 petang itu, suspek berusia 28 tahun itu dikatakan masuk ke kedai runcit berkenaan sebelum mengugut seorang wanita yang juga pemilik
Pemandu e-hailing kena samun
Kota Kinabalu: Seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas disamun dua lelaki dalam kejadian di Lorong Burung Keleto, Kampung Likas, di sini, lewat malam tadi. Dalam kejadian jam 12.23 tengah malam itu, mangsa berusia 25 tahun yang diacukan benda tajam dileher terpaksa menyerahkan dompet dan telefon pintar miliknya kepada dua
Empat termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan
Beluran: Dua anggota agensi penguat kuasa antara empat suspek yang ditahan selepas didapati terbabit dalam kes samun berkawan di Kampung Rampek, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, tangkapan berjaya dilakukan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran selepas menerima
Suspek kes samun akhirnya dicekup
Semporna: Suspek kes samun membabitkan seorang wanita di Jalan Kuala Bebang, di sini, 29 Julai lalu berjaya ditahan polis, semalam. Suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 11.50 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. Ketua Polis Daerah Semporna,
Wanita cedera dibelasah Sebelum disamun kenalan baru
Semporna: Seorang wanita berusia 40 tahun cedera di muka dan badan dipercayai dibelasah kenalan barunya dalam kejadian di Jalan Kuala Bebang, di sini, semalam. Tidak cukup dengan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel di Pekan Semporna, di sini, turut disamun lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Semporna,
Rakaman kes ragut tular bukan di Damai
Kota Kinabalu: Klip video memaparkan satu kejadian ragut yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak petang tadi bukan berlaku di daerah ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah yang dihubungi mengesahkan tiada sebarang kejadian ragut dilaporkan. Katanya, pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan