KPKT peruntukan RM211,898,427 kepada Sabah

KPKT peruntukan RM211,898,427 kepada Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM211,898,427 untukmelaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah tahun ini.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming secara simbolik menyerahkan peruntukan itukepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di kediaman rasmiKetua Menteri, Sri Gaya pada Jumaat.

Peruntukan itu bagi melaksanakan pelbagai projek dibawah KPKT dan jabatan sertaagensi dibawahnya di negeri ini.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan SanitariSisa Pepejal Baru Kayu Madang Kota Kinabalu yang telah siap dibina kepadakerajaan negeri.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman Taib menyerahkan dokumen siapprojek kepada Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), LifredWong.

KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) melaksanakanprojek pembinaan sel baharu di tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Kayu Madangpada Februari 2024 dengan kos keseluruhan sebanyak RM44.14 juta.

Tapak yang baharu siap dibina itu mampu menerima 850 metrik tan sisa pepejalsehari, dilengkapi dengan system linear, system collection leachate, sistem pelepasangas. JPSPN telah menaik taraf “Leachete Treatment Plant” dengan menggunakanteknologi nano filteration yang canggih dan membolehkan air larut resap (leachate)melepasi kesemua 24 parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)sebelum air terawat ini dilepaskan ke punca air.

Projek itu akan memberikan manfaat kepada penduduk di 5 Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) iaitu DBKK, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah KotaBelut dan Majlis Daerah Penampang.

Selain itu, KPKT melalui JPSPN juga sedang mereka bentuk 2 lagi projek baharubernilai RM77 juta iaitu Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa pepejalPantai Barat Selatan dengan kos RM47 juta dan RM30 juta untuk projek menaik tarafTapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Labuk, Sandakan.

Sementara itu KPKT juga memohon peruntukan kepada Kementerian Ekonomi bagikelulusan Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 bagi 4 lagi projek baharu pengurusansisa pepejal khusus untuk negeri Sabah bernilai hampir RM105 juta.

Projek-projek tersebut ialah pembinaan Fasa 1 Tapak Pelupusan Sanitari Sisa PepejalBerpusat Lahad Datu Landfill Level 4 dengan kos RM40,995,364.86; penutupanselamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kampung Langkawit, Papar dengan kossebanyak RM17,010,000.00; pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal KotaMarudu (RM21,011,898.48) dan pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Keningau (RM25,956,844.95).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|