Empat termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan

Empat termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan

Beluran: Dua anggota agensi penguat kuasa antara empat suspek yang ditahan selepas didapati terbabit dalam kes samun berkawan di Kampung Rampek, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, tangkapan berjaya dilakukan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran selepas menerima laporan polis daripada mangsa.

Katanya, semua empat suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu berjaya ditahan di daerah Sandakan.

“Semua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Beluran untuk membantu siasatan lanjut.

“Polis turut berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Proton Preve yang digunakan dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, Kasim berkata, turut dirampas pelbagai telefon bimbit, gari serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Semua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 22 Oktober depan bagi melengkapkan siasatan penuh,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|