Tawau: Enam individu termasuk lima penjawat awam direman tujuh hari atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM20,000 ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Tawau, di sini, hari ini. Semua suspek lelaki yang berusia antara 29 hingga 50 tahun itu tiba di Mahkamah Sesyen Tawau pada 3.20 petang
Tag: #rasuah
2 wanita minta suapan RM400 ditahan SPRM
Tawau: Dua wanita yang bertugas di Mahkamah Syariah Tawau ditahan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah, hari ini. Kedua-dua wanita termasuk seorang penjawat awam yang berusia 38 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat
Anggota penguat kuasa ditahan SPRM bantu siasatan terima suapan RM5,000 urus kad pengenalan
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan hari ini menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan selepas dipercayai meminta dan menerima suapan kira-kira RM5,000 bagi urusan pengeluaran kad pengenalan. Suspek berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira jam 9.30 pagi
Kemuka penyata bank palsu, 19 kontraktor ditahan SPRM
Kota Kinabalu: Seramai 19 kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Menurut sumber, semua penyata bank berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM49 juta sebagai dorongan untuk menyertai tender beberapa sekolah di seluruh Sabah. Katanya, semua suspek berusia antara 24 hingga
Kes rasuah pejawat awam negeri turun 87 peratus
Kota Kinabalu: Kes rasuah membabitkan pejawat awam di negeri ini turun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini hasil usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan negeri. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penurunan ketara itu jelas memperlihatkan tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah
Pemilik syarikat dipenjara sehari, denda RM24,000
Kota Kinabalu: Seorang pemilik sebuah syarikat pemborong yang mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM24,000, di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Tertuduh, Mohd Fauzi Abd Sahid, 33, membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim
Dua penjawat awam didenda RM12,000, RM4,000 kerana buat tuntutan palsu
Kota Kinabalu: Dua penjawat awam daripada sebuah agensi kerajaan dikenakan denda sebanyak RM12,000 dan RM4,000 atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan di Mahkamah Sesyen Rasuah, Kota Kinabalu, hari ini. Dalam pertuduhan berasingan, Suaif Ag Daud dan Mohd Aizat Rosland, 33, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Abu
Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,500
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima RM1,500 sebagai upah mempercepatkan permohonan bayaran balik bon pelaksanaan bagi dua projek pembaikan dan penyelenggaraan. Tertuduh, Duati Gunggut, 55, yang juga pembantu tadbir di Pejabat Daerah Kecil Sook, Keningau, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah Kota
Salah guna dokumen palsu untuk tender RM1.87 juta
Kota Kinabalu: Suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM1.87 juta. Tertuduh, Mohd Terus Megin, 49, dan Rosnizah Jamilide, 31, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Abu Bakar Manat. Mereka dituduh melakukan perkara itu
Suami isteri didenda RM48,000, guna dokumen palsu
Kota Kinabalu: Pasangan suami isteri mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender kerja-kerja membekal makanan asrama di sebuah sekolah di sini. Tertuduh Junaidah Majin, 44 dan Muhammad Ashpawi Mohd Yahya, 51, kemudiannya dijatuhi denda RM48,000 oleh Hakim Abu Bakar Manat di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,