6 individu termasuk 5 penjawat awam, direman 7 hari didakwa terima rasuah RM20,000

6 individu termasuk 5 penjawat awam, direman 7 hari didakwa terima rasuah RM20,000

Tawau: Enam individu termasuk lima penjawat awam direman tujuh hari atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM20,000 ketika dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Tawau, di sini, hari ini.

Semua suspek lelaki yang berusia antara 29 hingga 50 tahun itu tiba di Mahkamah Sesyen Tawau pada 3.20 petang tadi diiringi pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau, Muhammad Hafiz Hassan.

Semua suspek tiba di Mahkamah Sesyen Tawau petang tadi dengan diiringi pegawai penyiasat SPRM Tawau.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, kemudiannya membenarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Januari bagi membantu siasatan.

Semalam, lima suspek yang bekerja sebagai penjawat awam bersama seorang lagi individu yang disyaki menjadi orang tengah ditahan pada jam 10 malam kerana dipercayai meminta rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.

Penahanan dilakukan selepas semua suspek menerima sebahagian daripada wang rasuah itu, iaitu sebanyak kira kira RM5,000 daripada pengadu.

Menurut sumber, sogokan diberi supaya tidak mengambil tindakan ke atas anak seorang individu yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak bersubsidi yang dipercayai untuk diseludup ke luar negara.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|