47 penduduk sehelai sepinggang, 8 rumah musnah terbakar

47 penduduk sehelai sepinggang, 8 rumah musnah terbakar

TAWAU: Seramai 47 penduduk melibatkan 12 buah keluarga terpaksa sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Taman Victoria, dekat sini, musnah dalam kebakaran, pada Jumaat.

Kebakaran berkenaan memusnahkan lapan buah rumah yang terbakar seratus peratus manakala dua lagi rumah, terbakar 20 peratus.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Rastam Keladi, kebakaran terbabit berlaku kira-kira jam 1.54 petang.

“Pasukan bomba telah menerima panggilan lebih kurang jam 1.54 petang dan tiba di tempat kejadian dalam jam 2.04 petang, kita mengeluarkan  jentera sebanyak empat buah dan jentera pemadaman sebanyak tiga buah, pada mulanya pemadaman dilakukan menggunakan air daripada jentera.

“Kita menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran dan operasi pemadaman melibatkan 32 orang anggota bomba, 11 orang APM dan juga bantuan daripada lain lain agensi.

“Rumah yang terlibat setakat ini ialah sembilan buah rumah yang dalam satu blok ada 10 buah rumah dan sebuah rumah kita dapat selamatkan termasuk blok hadapan dan blok belakang kita dapat selamatkan,” katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|