Pemilik syarikat dipenjara sehari, denda RM24,000

Pemilik syarikat dipenjara sehari, denda RM24,000

Kota Kinabalu: Seorang pemilik sebuah syarikat pemborong yang mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM24,000, di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Fauzi Abd Sahid, 33, membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat dan diarahkan menjalank hukuman penjara secara serentak.

Menurut semua ketiga-tiga pertuduhan, Mohd Fauzi menggunakan penyata akaun bank syarikat miliknya bagi bulan Julai, Ogos dan September 2016 sebagai dokumen palsu bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu, di sini, 24 November 2016.

Semua dokumen berkenaan digunakan untuk tujuan menipu bagi mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama sebuah sekolah di Semporna bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Norsham Saharom dan tertuduh diwakili peguan dari Tetuan Nohin & Partners.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|