2 wanita minta suapan RM400 ditahan SPRM

2 wanita minta suapan RM400 ditahan SPRM

Tawau: Dua wanita yang bertugas di Mahkamah Syariah Tawau ditahan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah, hari ini.

Kedua-dua wanita termasuk seorang penjawat awam yang berusia 38 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan pada 5.30 petang.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua wanita terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|