Salah guna dokumen palsu untuk tender RM1.87 juta

Salah guna dokumen palsu untuk tender RM1.87 juta

Kota Kinabalu: Suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM1.87 juta.

Tertuduh, Mohd Terus Megin, 49, dan Rosnizah Jamilide, 31, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mereka dituduh melakukan perkara itu pada 24 November 2016 dengan menggunakan dokumen palsu membabitkan penyata akaun bank sebuah syarikat bertarikh 31 Julai dan 31 Ogos 2016.

Dokumen itu digunakan bagi mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama sebuah sekolah menengah di Kota Belud bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun
yang sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sebelum ini, mahkamah merekodkan pengakuan salah kedua-dua tertuduh pada 15 Mac lalu dan penetapan hukuman dilakukan pada Rabu.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh pertama dengan jumlah keseluruhan RM24,000 dan jika gagal bayar dipenjara selama empat bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom manakala tertuduh diwakili peguam dari JP Keruak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|