Kudat: Lima rumah terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Panudahan Jalan Tinangol Matunggong, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.
Tag: #kudat
Cubaan seludup petrol, minyak masak subsidi gagal
Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat menggagalkan cubaan menyeludup keluar petrol dan minyak masak paket bersubsidi menerusi Op Terancang, semalam. Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, Unit Risikan Marin Kudat yang menjalankan tugas operasi mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut Tanjung Pegasan, Pitas. Bagaimanapun, sebaik
Terapung berpaut pada tong ikan selama lima jam
Kudat: Seorang nelayan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung dengan berpaut pada tong ikan selama lebih lima jam apabila bot dinaikinya karam akibat terlanggar batu di perairan Tajau Laut, di sini, semalam. Mangsa Abd Rahman Tumai, 54, berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira jam 2 petang.
Rumah roboh akibat angin kencang di Kudat
Kudat: Sebuah rumah atas air roboh akibat kejadian angin kencang di Kampung Landung Ayang Laut, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lagi rumah rosak namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya
Isteri maut, suami dan dua anak cedera kemalangan di Kudat
Kudat: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Simpang Kampung Tungkang, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Elena Kolonjan, 50, duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi. Suami mangsa berusia 59
Gudang penyimpanan minuman di Kudat terbakar
Kudat: Sebuah gudang penyimpanan minuman terbakar di Sikuati, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dihantar ke lokasi
Juragan cuba seludup minyak masak, tong gas ditahan
Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan membawa keluar barang kawalan dalam Op Terancang di kawasan Jeti Chin Hen Luk, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, seorang juragan yang menggunakan bot pancing ditahan anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kudat. Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui barang
43 rumah hangus, 200 penghuni tinggal sehelai sepinggang
Kudat: Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas kira-kira 43 rumah di Kampung Tanjung Kapur, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 2.20 pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di kawasan berkenaan sebelum merebak ke rumah lain.
Enam nelayan Vietnam ceroboh perairan Kudat ditahan
Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kudat menahan enam nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara disyaki cuba melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 101 batu nautika Barat Laut Simpang Mengayau, di sini, kelmarin. Bot dinaiki mereka sebelum itu dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Ikhlas ketika membuat rutin rondaan Op Pluto
Cubaan seludup diesel, tepung dan minyak masak ke negara jiran gagal
Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kudat menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran di perairan daerah ini, Jumaat lalu. Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pada jam 11 pagi bot peronda Maritim Malaysia menahan sebuah bot namun pengendali