Gudang penyimpanan minuman di Kudat terbakar

Gudang penyimpanan minuman di Kudat terbakar

Kudat: Sebuah gudang penyimpanan minuman terbakar di Sikuati, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan gudang penyimpanan minuman di Sikuati, Kudat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.06 pagi.

“Kebakaran membabitkan gudang penyimpanan minuman jenis kekal terbakar sebanyak 20 peratus.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran dapat dikawal jam 7.13 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 8.30 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|