KOTA KINABALU: Pengumuman peningkatan Pemberian Khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion setahun bukti keibawaan Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memperjuangkan hak-hak Sabah daripada pihak Persekutuan.
Presiden Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, ia sekaligus memperlihatkan Hajiji sentiasa meletakkan kepentingan negeri sebagai agenda utama tanpa ‘berkerat rotan’ dengan pihak Persektuan dalam mengadakan tuntutan.
“Pengumuman terbaharu ini menutup mulut pengkritik yang kononnya Ketua Menteri tidak bertanggungjawab membuat tuntutan kepada Persekutuan.
“Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memuji pentadbiran Hajiji yang sentiasa melakukan rundingan tanpa menjejaskan hubungan antara negeri dan Persekutuan yang mana akhirnya Kerajaan Madani bersetuju meningkatkan pemberian khas terbabit, ” katanya.
Terdahulu, Anwar ketika berucap bersempena Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Megeri Sabah 2026 Di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang hari ini mengumumkan peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
Sementara itu rundingan berkaitan tuntutan hak kewangan negeri Di Bawah Perkara 112d Perlembagaan Persekutuan terus dilaksanakan.
“Saya berpendapat, Kerajaan GRS dan sekutunya di Sabah sentiasa serius mempertahankan hak Sabah, saya juga meminta supaya rakyat tidak terpengaruh dengan cakap-cakap luar terutamanya pihak pembangkang yang hanya tahu mengadu domba mengenai hal tuntutan seperti tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sehubungan itu, percayalah hanya Kerajaan GRS yang sentiasa komited untuk mencapai kejayaan tuntutan berbanding kerajaan terdahulu yang hanya pada memainkan sentimen dan retorik politik semata-mata, “katanya.
