PENAMPANG: Kerajaan Persekutuan mengumumkan peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
Sementara rundingan berkaitan tuntutan hak kewangan negeri Di Bawah Perkara 112d Perlembagaan Persekutuan terus dilaksanakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan mengenai kaedah dan jadual pelaksanaan akan diperhalusi oleh jawatankuasa berkaitan sebelum dibawa ke peringkat tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan.
“Sama ada dibuat bulan Jun atau Disember. Itu soal yang harus diputuskan oleh kedua dua jawatankuasa dan kemudian dibawa kepada kerajaan negeri di peringkat tertinggi dan rundingan di antara Persekutuan dan negeri.
“Tapi untuk sekarang, untuk hari ini, interimnya dulu 600 juta.Jadi untuk hari ini saya umumkan Intrim ini meningkat RM1.5 bilion. Dia akan mengundang juga beberapa pandangan, saya saya tegaskan Ini interim,” katanya.
Anwar berkata, Kerajaan Madani tegas dalam melaksanakan dasar berkaitan hak kewangan Sabah dan tidak lagi mahu menjadikan alasan kewangan sebagai penghalang untuk menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Menurut beliau, Perkara 112d Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan secara adil dan praktikal, justeru Kementerian Kewangan Dan Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama mencari mekanisme terbaik bagi menjayakan pelaksanaannya.
“Jadi sekarang kita berdepan dengan kenyataan 112D Perlembagaan…Walaupun kita tahu 112D itu dia qualify dengan keadaan mengizinkan.
“Tetapi kalau 10 tahun lalu mengizinkan, sekarang mengizinkan, 20 tahun lagi, dulu pun, tentunya tidak meyakinkan. Sebab itu saya beritahu rakan-rakan dalam jemaah menteri, Kita tak boleh guna alasan itu lagi. Kita kena cari jalan.
“Jadi sebab itu saya segera minta Ketua Setiausaha Perbendaharaan cari cara terperinci. dengan setiausaha kerajaan negeri. Maka soalnya bukan soal dasar. Dasar kali pertama hanya kerajaan Madani pimpinan saya yang menetapkan no argument, it is a policy that must be implemented, period “katanya.
Anwar berkata demikian sewaktu ucapan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Megeri Sabah 2026 Di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang.
