Rumah roboh akibat angin kencang di Kudat

Rumah roboh akibat angin kencang di Kudat

Kudat: Sebuah rumah atas air roboh akibat kejadian angin kencang di Kampung Landung Ayang Laut, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lagi rumah rosak namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang roboh akibat angin kencang di Kampung Landung Ayang, Kudat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian rumah roboh akibat angin kencang, jam 6.12 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Air digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah rumah atas air telah roboh akibat daripada angin kencang dan merosakkan keseluruhan rumah berkenaan.

“Terdapat juga sebuah rumah berhampiran rosak dua peratus di bahagian dinding,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian membuat pemantauan di kawasan kejadian dan menasihati penduduk di kampung berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 6.30 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|