Mangsa air pasang, banjir meningkat sedikit petang ini

Mangsa air pasang, banjir meningkat sedikit petang ini

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa terjejas akibat air pasang besar dan banjir di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa yang direkodkan adalah seramai 1,647 orang daripada 371 Ketua Isi Rumah (KIR).

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 21 orang berbanding 1,626 mangsa yang dilaporkan pada jam 8 pagi tadi.

“Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa keseluruhan tertinggi dengan 768 mangsa daripada 177 KIR, diikuti dengan Sandakan 684 mangsa daripada 122 KIR.

“Kemudian, Kota Belud melaporkan seramai 139 mangsa daripada 57 KIR dan Kota Kinabalu sebanyak 54 mangsa daripada 15 KIR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua mangsa yang terkesan akibat bencana itu ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah-daerah terbabit.

“Di Pitas, sebanyak enam PPS kekal beroperasi setakat ini, antaranya ialah Balai Raya Agropolitan Kg. Pinggan-Pinggan (297 orang), Dewan Kg. Mempakad (163 orang), dan Dewan Terbuka Kg. Rosob (156 orang).

“Selain itu, ialah Gereja SIB Kg. Luntuk (79 orang), Dewan SMK Pinggan-Pinggan (57 orang) dan Dewan Terbuka Kg. Salimpodon (16 orang).

“Manakala, di Kota Belud, terdapat dua PPS beroperasi iaitu Dewan SJK (C) Chung Hwa (77 orang) dan Dewan SK Pekan (62 orang).

“Sementara di Kota Kinabalu dan Sandakan masing-masing kekal dengan satu PPS aktif, iaitu Dewan Muhibbah Sembulan (54 orang) dan SK Sungai Anib 2 (686 orang),” katanya.

Sementara itu, katanya trend semasa situasi air pasang dan banjir di negeri ini masih meningkat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|