Kilang memprosesan kayu musnah terbakar

Kilang memprosesan kayu musnah terbakar

Sipitang: Sebuah kilang pemprosesan kayu yang sudah tidak beroperasi musnah dalam kejadian kebakaran di Sabah Forest Industries, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, struktur kilang berkeluasan kira-kira 150 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya.

Anggota bomba memadamkan kebakaran kilang memprosesan kayu yang sudah tidak beroperasi di Sabah Forest Industries, Sipitang

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota bersama jentera dan dibantu Pasukan Bomba Bantuan (PBB) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang lama pemprosesan kayu yang tidak beroperasi lagi jenis kekal yang musnah terbakar sepenuhnya.

“Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan pancutan dari sumber air pili bomba.

Katanya, api berkaya dikawal pada jam 7.40 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.02 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|