Dua mangsa hilang di sungai

Dua mangsa hilang di sungai

Sandakan: Dua individu dilaporkan hilang di Sungai Seguntur Batu 10, di sini, sejak semalam, selepas gagal ditemui sehingga hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan orang hilang di Sungai Seguntur.

“Menurut pemanggil terdapat dua orang dipercayai hilang di sungai sejak semalam,” katanya dalam kenyataan media ya g dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi sudah melakukan operasi pencarian menggunakan kaedah ‘surface water rescue’.

Katanya, sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|