5 rumah penduduk terjejas akibat tanah runtuh di Matunggong

5 rumah penduduk terjejas akibat tanah runtuh di Matunggong

Kudat: Lima rumah terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Panudahan Jalan Tinangol Matunggong, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

Pasukan Bomba dan polis menjalankan pemantauan di lokasi tanah runtuh di Kampung Panudahan Jalan Tinangol Matunggong, Kudat.

“Kesan runtuhan tanah itu menyebabkan lima rumah terjejas dan sebahagiannya mengalami kerosakan di bahagian dapur.

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bertindak memberi nasihat kepada penghuni rumah untuk berpindah disebabkan keadaan geografi yang berisiko dan tidak selamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 12.25 tengah hari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|