Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan membawa keluar barang kawalan dalam Op Terancang di kawasan Jeti Chin Hen Luk, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, seorang juragan yang menggunakan bot pancing ditahan anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kudat.

Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui barang kawalan iaitu 10 kotak minyak masak peket bersubsidi dan 21 tong gas petroleum cecair (LPG).
Semua barang berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM157,000.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi, hari ini mengesahkan tangkapan dan rampasan barang kawalan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-Deasoka