Tawau: Cubaan seorang lelaki disyaki penagih dadah melarikan diri daripada polis selepas ‘port’ menghisap dadah di sebuah pondok di kawasan Kampung Wakuba, di sini, diserbu gagal apabila suspek berjaya ditahan bersama sejumlah dadah jenis syabu, semalam. Serbuan jam 12.40 tengah malam itu, suspek warga tempatan berusia 38 tahun ditahan sepasukan
Tag: #dadah
Sindiket sorok syabu, ketamin bernilai RM386,840 dalam bungkusan produk kelapa
Kota Kinabalu: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar bahan terlarang itu gagal apabila lebih sembilan kilogram syabu dan satu kilogram ketamin dirampas dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, kelmarin dan semalam. Dalam serbuan itu turut menahan tiga lelaki berusia antara 37 hingga 52 tahun selepas dipercayai
Lelaki edar dadah dicekup PGA
Lahad Datu: Seorang lelaki dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah ditahan selepas didapati membawa syabu dalam pemeriksaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kampung Makoau, di sini, semalam. Dalam operasi jam 8.30 pagi itu, pasukan operasi turut berjaya merampas alat penimbang yang dipercayai digunakan untuk penjualan syabu berkenaan. Komander Briged PGA Sabah,
Miliki dadah, warga emas dipenjara 10 tahun
Tawau: Seorang warga emas dihukum penjara 10 tahun manakala isterinya dibebaskan tanpa dilepaskan selepas didapati bersalah memiliki 30.75 gram methamphetamine, di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. Tertuduh, Hashim Sahipa, 80, dijatuhkan hukuman berkenaan bermula tarikh direman 18 Disember tahun lalu, selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang
Tiga ‘otai’ syabu ditahan
Beaufort: Tiga ‘otai’ ditahan selepas dikesan terbabit dalam aktiviti penagihan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bintuka, di sini, semalam. Dalam operasi jam 7.40 pagi itu, polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 45 hingga 57 tahun. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki
Helah 2 wanita sorok syabu pada bengkung terbongkar
Tawau: Helah dua wanita warga asing menyembunyikan dadah pada bengkung gagal apabila taktik berkenaan dikesan polis dalam kejadian di Kilometer 37 Jalan Tawau – Semporna, di ini, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, menemui sejumlah lebih dua kilogram
Lelaki khayal dadah ugut bunuh ibu ditahan
Beaufort: Akibat pengaruh dadah, seorang lelaki bukan sahaja hendak memukul semua ahli keluarganya malah tergamak mengugut membunuh ibunya. Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam tadi, di rumah mereka di Kampung Bambangan, Membakut, di sini. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima maklumat daripada orang
Syabu lebih 300 kilogram bernilai RM10.9 juta dirampas
Tawau: Polis Sabah menumpaskan sindiket penyeludupan dadah selepas berjaya merampas syabu bernilai RM10.9 juta dan menahan seorang lelaki tempatan di kawasan Kampung Batu Payung, di sini, Isnin lalu. Semua dadah yang dirampas dianggarkan seberat 303,155.91 gram berkenaan adalah rampasan terbesar pernah dilakukan Polis Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah
Jual dadah disebalik perniagaan cuci kenderaan
Kota Marudu: Lima lelaki dan seorang wanita ditahan selepas didapati menjalankan kegiatan penjualan dadah dalam operasi selama enam hari yang dilancarkan sejak 1 September lalu. Semua individu berusia 24 hingga 53 tahun itu yang dikenalpasti terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini. Ketua Polis
Pengedar dadah warga asing ditahan
Kinabatangan: Seorang lelaki warga Filipina ditahan bersama puluhan paket dadah dalam operasi yang dijalankan di sebuah ladang sawit di kawasan Tongod, di sini, semalam. Operasi jam 3.30 pagi itu yang diarahkan Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan, Superintendan Abd Halim Ahmad itu menemui 31 paket plastik berisi