Penduduk Kunak gempar fenomena cahaya di langit

Penduduk Kunak gempar fenomena cahaya di langit

Kota Kinabalu: Kehadiran garisan cahaya menegak di langit malam tadi, mengemparkan warga Kunak yang sempat menyaksikan fenomena berkenaan.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam itu disaksikan oleh penduduk di daerah berkenaan.

Beberapa keping gambar yang diambil oleh penduduk turut tular di aplikasi Whatsapp yang menunjukkan kejadian ‘luar biasa’ itu.

Difahamkan bahawa kejadian itu dikenali sebagai tiang cahaya atau light pillars dan merupakan fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|