KENINGAU: Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Reunion Maktab Perguruan Kent Tuaran bagi sesi 1976 hingga 1985.
Pemilihan bekas Setiausaha Agung Persatuan Pelajar maktab itu pada 1981, yang turut pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung pada 1980, dibuat dalam mesyuarat pembentukan jawatankuasa berkenaan.
Keningau dipilih sebagai tuan rumah reunion kali ini susulan keputusan yang dicapai dalam pertemuan terdahulu di Wilayah Persekutuan Labuan tahun lalu, dengan penganjuran turut membabitkan Tenom, Nabawan dan Tambunan.
Bagi jawatankuasa yang dibentuk, Sinari Jalumin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, manakala tiga Naib Pengerusi ialah Hussin Basir (Tenom), Helena Joan Januli (Tambunan) dan Samsiah Angkaus (Nabawan).
Suriaty Ramat dan Lania Makajin masing-masing memegang jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, sementara Tini E. Ismail dilantik sebagai Bendahari.
Seramai 15 Ahli Jawatankuasa turut dilantik, termasuk Joss Amit, Rozainie P. Mohd Hasnan Tawik, Siti Yanti Marindal, Rahmah Muhammad, Amnah, Ridhwan @ Junis D, Geoffery Kudot, Emma Ismail, Musiah Pansai, Juliana Apot Maria Bujang, Sakim Ibrahim, Jinlib Ramli, Yusri Timbangan dan Johan Manggata.
Dalam ucapannya, Yazid merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan berharap semua ahli jawatankuasa dapat memberikan komitmen serta kerjasama bagi memastikan penganjuran reunion itu berjalan lancar dan berjaya.
