Ketua Menteri serah sumbangan Raya

Ketua Menteri serah sumbangan Raya

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan Raya kepada lebih 70 golongan kurang berkemampuan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri, hari ini.

Majlis yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) itu menyaksikan penerima sumbangan yang terdiri daripada rumah penjagaan orang tua, Petubuhan Bagi Orang Buta, Pertubuhan Bagi Orang Pekak, rumah kebajikan serta rumah anak yatim.

Terdahulu, Hajiji turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beramah mesra bersama rakyat yang hadir ke majlis rumah terbuka itu.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri turut memaklumkan bahawa beliau dijadualkan untuk menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang pada minggu hadapan.

Katanya, spekulasi mengenai keadaan kesihatan Hajiji tersebar sejak beberapa hari lalu dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|