Kehadiran lebih 20,000 tetamu meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah

Kehadiran lebih 20,000 tetamu meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah

Kota Kinabalu: Dianggarkan kira-kira 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah yang telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, dalam majlis yang bermula seawal jam 10 pagi hingga 2 petang.

Majlis Rumah terbuka itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan jemaah Kabinet negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika turun untuk bertemu dan beramah mesra dengan para tetamu.

Anwar bersama-sama Hajiji turut berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir di majlis berkenaan.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif yang juga selaku pengerusi penganjur majlis berkata, ia diharap dapat menjadi wadah penyatuan dan keharmonian dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Alhamdullilah, kehadiran tetamu juga sangat luar biasa, dianggarkan sejak awal pagi tadi sehingga sekarang terdapat 20,000 tetamu yang hadir.

“Mudah-mudahan ia dapat menjadi wadah untuk menjalin silaturahmi, keharmonian di kalangan masyarakat kerana antara yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk sama-sama meraikan,” katanya.

Terdahulu, orang ramai sudah mula berkunjung ke majlis rumah terbuka berkenaan pada seawal jam 8 pagi, di mana mereka turut disajikan dengan pelbagai jenis hidangan daripada 55 buah gerai yang disediakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|