UMNO Sabah sedia jalin kerjasama dengan mana-mana parti – Bung Moktar

UMNO Sabah sedia jalin kerjasama dengan mana-mana parti – Bung Moktar

Lahad Datu: UMNO Sabah bersedia untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut beliau, kerjasama itu bertujuan untuk membawa kemenangan dan sekali gus dapat membentuk kerajaan di masa akan datang.

“Saya telah membuat satu kenyataan di mana UMNO Sabah sedia berkerjasama dengan mana-mana parti politik yang boleh membantu menyumbangkan kemenangan sehingga membentuk sebuah kerajaan.

“Ini bermakna parti Warisan (Warisan) tidak terkecuali dan perkara ini kita teliti dari masa ke semasa. InsyaAllah kita akan membuat yang terbaik untuk rakyat dan negeri,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) N.61 Segama, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|