Istana Seri Kinabalu terus jadi tumpuan

Istana Seri Kinabalu terus jadi tumpuan

Kota Kinabalu: Istana Seri Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan para pengamal media susulan kemelut pergolakan politik yang berlaku di negeri ini.

Bagaimanapun, tinjauan Deasoka di luar pekarangan istana mendapati tiada pergerakan keluar masuk daripada mana-mana ahli politik, setakat pagi ini.

Seawal jam 8.30 pagi, pengamal media daripada beberapa agensi sudah mula berkumpul di lokasi bagi mengikuti rapat sebarang perkembangan situasi semasa.

Sebelum ini, satu majlis angkat sumpah jawatan anggota Kabinet baharu negeri dijadual diadakan pagi ini, namun berdasarkan situasi lengang di pintu masuk Istana Seri Kinabalu sejak awal pagi tadi, majlis itu mungkin dibatalkan.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sementara, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan permainan masih berlangsung ketika diminta untuk mengulas mengenai perkara itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan bertemu dengan kesemua pemimpin parti politik di negeri ini, pada malam ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|