ADUN GRS, PH, UMNO berkumpul semula di Sri Gaya

ADUN GRS, PH, UMNO berkumpul semula di Sri Gaya

Kota Kinabalu: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali lagi berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH), dan UMNO.

Beberapa ADUN yang berkumpul di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang tiba kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi terus masuk ke kediamannya diikuti pemimpin lain.

Difahamkan, perjumpaan itu berkaitan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN), esok.

Selain itu, perjumpaan itu juga dipercayai membincangkan mengenai situasi politik semasa yang berlaku di Sabah, ketika ini.

Semalam, Hajiji mengumumkan beliau memperoleh sokongan majoriti 44 ADUN daripada GRS, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kerajaan negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|