Banjir: Hanya 175 mangsa masih berada di PPS

Banjir: Hanya 175 mangsa masih berada di PPS

Kota Kinabalu: Setakat jam 4 petang ini, hanya 175 mangsa daripada 48 Ketua Isi Rumah (KIR) dilaporkan masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan yang ketara berbanding 265 mangsa daripada 71 KIR yang dilaporkan pada tengah hari tadi.

Mangsa banjir dari Kampung Bakalau, Beaufort dibenarkan pulang selepas keadaan banjir pulih.

“Jumlah itu membabitkan mangsa daripada dua buah daerah yang masih terkesan, iaitu Beaufort dan Tawau.

“Berdasarkan data yang diperoleh, jumlah mangsa banjir di Beaufort adalah seramai 134 mangsa daripada 40 KIR.

“Manakala, di Tawau, jumlah mangsa yang dipindahkan akibat kebakaran adalah seramai 41 orang daripada 8 KIR,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, kesemua mangsa kini telah ditempatkan di dua PPS yang masih aktif sehingga keadaan diisytiharkan kembali selamat.

Antara PPS yang masih aktif ialah Dewan Serbaguna Selagon dan Masjid Al Munawwaroh Kg Jawa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|