NGO pelengkap usaha kerajaan tingkat kesejahteraan rakyat

NGO pelengkap usaha kerajaan tingkat kesejahteraan rakyat

Kota Kinabalu: Usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat sama untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan, melengkapkan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana meningkatkan kesejahteraan rakyat adalah salah satu agenda pembangunan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan memacu pembangunan menyeluruh rakyat dan negeri ini.

Hajiji diiringi Christina pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sumber Harapan Sabah di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

“Pelbagai program yang dilaksanakan oleh NGO termasuk inisiatif “Jom Balik Sekolah” oleh Persatuan Sumber Harapan Sabah, telah membantu kanak-kanak kurang berkemampuan atau miskin di negeri ini amat baik. Ia melengkapi usaha kerajaan menerusi agenda SMJ.

“Malah, konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi tumpuan kepada usaha yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” katanya sempena Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina Persatuan Sumber Harapan Sabah, di Dewan Hakka, semalam.

Sehubungan itu, beliau ingin lebih ramai NGO di negeri ini tampil untuk saling bekerjasama agar dengan kebersamaan ini akan memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan di negeri ini.

“Persatuan Sumber Harapan Sabah telah berjaya mengagihkan bantuan pendidikan kepada sekolah di 20 daerah di negeri ini antaranya di Ranau, Kudat, Tuaran, Pitas, Kota Marudu dan Tawau.

“Justeru, saya mahu lebih banyak lagi NGO akan tampil dan saling bekerjasama supaya dapat membantu lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau turut berharap agar lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan, turut mendapat manfaat dalam setiap aktiviti amal yang dilaksanakan NGO di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Persatuan Sumber Harapan Sabah, Josephine Hadikusumo, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafael Walangitan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|