Disangka cuba bunuh diri

Disangka cuba bunuh diri

Kota Kinabalu: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berdiri di tepi tingkap sebuah bangunan di Kampung Air, di sini, mengempar orang ramai, malam tadi.

Bimbang dengan kejadian kira-kira 8 malam itu, satu laporan kecemasan dibuat bagi mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan lelaki yang dianggarkan berusia 40-an terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.30 malam.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati tiada cubaan bunuh diri sebaliknya mangsa hanya berdiri di tepi tingkap bangunan berkenaan.

“Pasukan Bomba terus bertindak membawa mangsa turun ke tingkat bawah untuk keselamatan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.48 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|