RM21.2 juta dividen peneroka LKTNS wilayah timur

RM21.2 juta dividen peneroka LKTNS wilayah timur

Tawau: Seramai 908 peneroka ladang Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) bagi kawasan Wilayah Timur menerima dividen RM21,299,702 bagi tahun 2022.

Dalam satu kenyataan LKTNS, sebanyak RM8,399,210 daripada jumlah itu adalah tabungan peneroka yang akan diagihkan pada setiap hujung tahun.

Abdul Ghani menyerahkan replika cek dividen kepada wakil peneroka Ladang Apas Balung dan Merotai di Tawau.

Katanya, secara purata, dividen yang diterima peneroka bagi tahun lalu ialah RM1,955 sebulan iaitu melebihi sasaran RM1,600 sebulan.

Sementara itu, seramai 261 peneroka LKTNS bagi Ladang Apas Balung dan Merotai menerima dividen berjumlah RM9,895,034.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak RM4,362,801 adalah tabungan, manakala purata pendapatan adalah RM3,715 sebulan,” katanya.

Majlis simbolik penyerahan pendapatan peneroka bagi Ladang Apas Balung dan Merotai diadakan semalam (3 Februari 2023) di pejabat Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) LKTNS, Apas Balung, dekat sini.

Ia disempurnakan Pengerusi LKTNS, Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin dan Pengurus Besar LKTNS, Syaheddrul R Joddari.

Hadir sama Ahli Parlimen Tawau, Loh Su Fui dan ADUN Balung, Datuk Hamild @ Hamid Awang.

Pengagihan pendapatan peneroka itu disasar dapat meningkatkan lagi semangat mereka agar terus berusaha dan menyokong usaha dilaksanakan LKTNS demi kebaikan dan jaminan masa depan bersama.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|