Lelaki ditahan bersama syabu bernilai RM1.994 juta

Lelaki ditahan bersama syabu bernilai RM1.994 juta

Kota Kinabalu: Berselindung disebalik perniagaan aksesori ikan hiasan, seorang lelaki yang dipercayai berkaitan dengan sindiket pengedaran dadah ditahan bersama syabu seberat 55.40 kilogram bernilai RM1.994 juta, pada 4 Januari lalu.

Suspek berusia 50 tahun ditahan itu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dalam serbuan, jam 4.15 petang, di pekarangan sebuah syarikat penghantaran barang di Inanam, di sini.

Jauteh menunjukkan dadah jenis syabu berkenaan disimpan di dalam kotak akuarium ikan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ketika ditahan, suspek yang memandu Perodua Bezza didapati membawa tiga kotak berisi 33.62 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM1.21 juta.

Katanya, hasil siasatan lanjut, dengan dipandu arah suspek, polis menyerbu premis di bangunan komersial Aeropod, di sini, 9 Januari lalu.

Hasil operasi ini, polis berjaya merampas keseluruhan 55.40 kilogram syabu bernilai RM1.994 juta.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya menemui dua kotak berisi syabu seberat 21.78 kilogram yang dianggarkan bernilai RM784,080.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 55.40 kilogram dan bernilai RM1.994 juta berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya pada sidang media yang diadakan di IPK Sabah, hari ini.

Semua dadah berkenaan dipercayai boleh digunakan oleh seramai 280,000 penagih dadah.

Jauteh berkata, polis turut berjaya merampas wang tunai sebanyak RM102,097 daripada suspek untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif
dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah curi dan dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|