Abdul Ghani mohon pembangunan pekan baharu Pagalungan dipercepat

Abdul Ghani mohon pembangunan pekan baharu Pagalungan dipercepat

KOTA KINABALU: ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin memohon supaya pembangunan di kawasan Pekan Pagalungan untuk dipercepatkan bagi mengambil kira potensi besar pekan itu yang bakal berjiran dengan ibu negara Indonesia, Nusantara di masa hadapan.

Jelas beliau, pihaknya pada masa yang sama merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah berusaha membangunkan pekan baharu di kawasan tersebut namun meminta proses terbabit dipertimbangkan segera agar dilaksana.

“Persoalannya, bilakah kerja-kerja akan dimulakan untuk pembangunan pekan baharu Pagalungan ini? dan berapa tempoh masakah untuk pembangunan akan disiapkan?

“Selaku wakil rakyat bagi kawasan saya DUN Nabawan, pada saya keutamaan untuk pembangunan pekan baharu di daerah kecil Pagalungan sangat tepat kerana kawasan ini adalah kawasan yang sangat hampir dengan negara jiran Indonesia yang mana negara jiran Indonesia telah siap dibinasebuah kompleks pos sempadan mereka bersebelahan dengan Kampung Bantul Pensiangan iaitu di daerah kecil Pagalungan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasannya bersempena mesyuarat pertama penggal kelima Sidang DUN Sabah, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, melihat kepada potensi dan limpahan ekonomi yang bakal dinikmati penduduk setempat ekoran pembinaan ibu kota baharu Indonesia, beliau menjelaskan bahawa sudah sampai masanya perkara itu mendapat perhatian ramai pihak.

“Jika diteliti senario ini memberi gambaran awal jelas yang mana kawasan daerah kecil Pagalungan antara kawasan penting untuk dibangunkan pada ketika ini.

“Ianya terutama dalam usaha mengukuhkan sistem sekuriti dan sosioekonomi, termasuk liputan jaringan internet yang perul dibangungkan di kawasan ini sebagai persediaan untuk mengawal limpahan aktiviti ekonomi mahupun sosial yang memberi impak dan manfaat untuk negeri dan amnya untuk negara kita, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|