Kerajaan tidak pinggir peruntukkan di kawasan pembangkang

Kerajaan tidak pinggir peruntukkan di kawasan pembangkang

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mendedahkan pihak kerajaan mengamalkan sikap terbuka dan tidak meminggirkan wakil rakyat pembangkang dalam soal pengagihan peruntukkan di kawasan yang diwakili mereka.

Jelasnya, peruntukkan berkenaan akan disalurkan kepada pejabat daerah untuk dilaksanakan.

“Bagaimanapun jika sekiranya ada keperluan yang mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang ingin memohon kpd kerajaan kita tidak ada masalah utk menerima dan mempertimbangkannya.

“Yang penting ianya adalah utk kepentingan rakyt kita, jadi saya minta jika ada keperluan wakil rakyt pembangkang boleh memohon secara terus kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membalas soalan tambahan daripada ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking dalam sesi perbahasan sidang DUN Sabah, hari ini.

Darell dalam sesi tersebut mengajukan soalan terhadap Hajiji berhubung peruntukkan kepada ADUN di kawasan pembangkang di Sabah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|