Isu rampas tanah rakyat, tuduhan jahat kepada kerajaan: Nizam

Isu rampas tanah rakyat, tuduhan jahat kepada kerajaan: Nizam

KOTA KINABALU: Tuduhan mengatakan kerajaan hari ini bertindak zalim dan merampas tanah merupakan fitnah jahat yang ditimbulkan pihak tertentu bagi membina naratif negatif kepada Kerajaan GRS-Plus.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan yang sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan peribadi itu dan mungkin juga kepentingan politik semata-mata untuk menghasut rakyat dengan menjatuhkan imej kerajaan.

“Sejak tahun 2020 sehingga Mac 2024 , kerajaan dibawah pimpinan YAB ADUN Sulaman melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah menyediakan sebanyak 16760 geran deraf NT/FR.

“Di samping itu, sebanyak 223 buah kampung dengan keluasan 4834.348 ha / 11945.9 ekar dan sebanyak 11 kawasan penempatan dengan keluasan 271 ha/ 670.5 ekar telah diwartakan di seluruh negeri Sabah, “katanya.

Nizam berkata demikian ketika membalas soalan tambahan daripada ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub dalam sidang DUN Sabah, hari ini.

Terdahulu, Annuar pada sesi sidang terbabit membangkitkan isu berkenaan tuduhan melampau daripada segelintir pihak yang mendakwa Kerajaan GRS-Plus berdepan dengan isu merampas tanah rakyat di negeri ini.

‘Ini membuktikan bahawa Kerajaan hari ini dibawah pimpinan YAB ADUN Sulaman adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa fokus berusaha untuk membela rakyat dalam hal berkaitan NCR dan pemberimilikan tanah anak negeri sebagai salah satu pendekatan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, ” jelas Nizam.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|