Covid-19 Sabah: Kluster Sungai Trayon punca kes naik di Kinabatangan

Covid-19 Sabah: Kluster Sungai Trayon punca kes naik di Kinabatangan

Kota Kinabalu: Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing mencetuskan kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja di Kinabatangan yang turut menyebabkan jumlah kes di daerah itu melonjak, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Sungai Trayon itu merekodkan sebanyak 25 kes baharu hari ini.

Katanya, hanya satu jangkitan bukan berpunca daripada kluster berkenaan dilaporkan di Kinabatangan menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah itu sebanyak 26 kes hari ini berbanding hanya satu kes semalam.

“Jumlah kes yang melonjak tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sungai Trayon yang merekodkan 25 kes positif baharu hari ini.

“Kluster baharu yang diisytiharkan hari ini melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing. Saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi dijangkiti Covid-19 setakat ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan jumlah kes harian Covid-19 hari ini bertambah 27 kes kepada 280 kes berbanding 253 yang dilaporkan semalam.

Masidi berkata, selain Kinabatangan, beberapa lagi daerah dikesan mencatat jumlah kes baharu yang tinggi hari ini, antaranya Ranau yang bertambah 22 kes kepada 33 kes dan Papar bertambah 11 kes kepada 20 kes hari ini.

Bagaimanapun, katanya daerah Tuaran mencatat penurunan kes hari ini dengan jumlah agak besar iaitu sebanyak 18 kes kepara 11 kes hari ini berbanding 29 kes semalam.

“Perubahan turun naik kes harian di daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal. Tiada kes baharu di empat daerah,” katanya.

Katanya, daripada 280 kes hari ini, 276 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala satu kes dalam Kategori 2, dua kes dalam Kategori 4 dan tiada kes baharu dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 12 Januari 2022
Sabah 280 (253)

Kota Kinabalu 53 (49)
Ranau 33 (11)
Kinabatangan 26 (1)
Papar 20 (9)
Penampang 19 (18)
Kota Marudu 17 (19)
Keningau 15 (13)
Tenom 12 (12)
Kuala Penyu 11 (7)
Tuaran 11 ( 29)
Sandakan 10 (15)
Tambunan 8 (6)
Kota Belud 8 (13)
Putatan 7 (0)
Sipitang 6 (6)
Beaufort 6 (7)
Telupid 5 (5)
Tawau 5 (10)
Pitas 3 (2)
Lahad Datu 2 (4)
Kunak 1 (0)
Tongod 1 (5)
Kudat 1 (2)
Semporna 0 (1)
Beluran 0 (2)
Nabawan 0 (5)
Kalabakan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 11 Januari 2022

Kluster Baharu
Kluster Sungai Trayon,
Kinabatangan 25(+25)
(Tempat Kerja)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|