Dua hilang bot terkena letupan bom ikan

Dua hilang bot terkena letupan bom ikan

Semporna: Dua mangsa hilang selepas bot yang dinaiki terkena letupan bom ikan dalam kejadian di perairan Pulau Tatagan, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.34 pagi tadi.

Operasi SAR dua mangsa dilakukan oleh pasukan penyelamat di perairan Semporna.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan daripada polis mengenai sebuah bot terkena letupan bom ikan.

“Menurut maklumat saksi, kejadian berlaku semalam dan terdapat dua mangsa terlibat masih belum ditemui.

Operasi SAR dilakukan di sekitar perairan Semporna.

“Hasil perbincangan bersama agensi penyelamat lain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya lagi, maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|