Juliah sampaikan anugerah Saidatina Khadijah sempena Maal Hijrah

Juliah sampaikan anugerah Saidatina Khadijah sempena Maal Hijrah

Kota Kinabalu: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, hari ini menyampaikan Anugerah Saidatina Khadijah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), menyampaikan anugerah itu pada Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022.

Jamilah, anak kelahiran Papar yang juga ahli perniagaan terkenal di Sabah itu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM15,000, menerusi anugerah berkenaan.

Antara objektif program itu adalah menjadikannya sebagai wadah untuk membudayakan ilmu pengetahuan dan penyuntik kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai keagamaan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|