Bajet 2023: Tumpu sekuriti makanan, kurangkan lawatan luar negara

Bajet 2023: Tumpu sekuriti makanan, kurangkan lawatan luar negara

Sandakan: Parti Warisan (WARISAN) mahu kerajaan menumpukan perbelanjaan dalam soal sekuriti makanan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan minggu depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu harus diberikan tumpuan besar berdasarkan keadaan semasa dunia yang mencabar ketika ini.

“Keselamatan makanan sangat penting dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar di mana rantaian bekalan terjejas, bekalan gas dari Jerman di Russia dipotong hingga memberi kesan kepada ekonomi di Eropah.

“Jadi akan ada barang-barang daripada luar negara yang kita terpaksa import akan memberi kos yang banyak kepada ekonomi kita,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada masa sama Bajet 2023 juga perlu mengurangkan perbelajaan yang tidak penting, antaranya lawatan ke luar negara seperti baru-baru dilakukan Perdana Menteri baru-baru ini.

Beliau menyifatkan lawatan Perdana Menteri ke New York bersama rombongan yang terlalu ramai adalah sangat boros.

“Di samping itu, perbelanjaan harus menjurus ke arah yang diperlukan, jangan ada pemborosn, jangan ada ketirisan.

“Tiada langkah-langkah untuk penjimatan dilakukan, saya masih ingat masa 1997 pegawai-pegawai kerajaan tidak boleh keluar negara, menteri-menteri tidak boleh keluar negara, lawatan sana, lawatan sini, tapi baru-baru ini Perdana Menteri di luar negara belanja banyak, berapa orang menteri yang hadir,” katanya.

Justeru, beliau berharap penumpuan terhadap perkara-perkara berkenaan dapat diteliti agar kebajikan dan ekonomi negara kekal terjamin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|