Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah tingkat kesedaran keselamatan negara

Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah tingkat kesedaran keselamatan negara

Kota Kinabalu: Penganjuran Pogram ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah mampu meningkatkan kesedaran rakyat mengenai tanggungjawab bersama untuk menjaga keselamatan negara.

Acara yang diadakan di perkarangan Stadium Likas itu berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

Karina

Pelbagai program dan perkhidmatan menarik menanti para pengunjung, antaranya diskaun saman 50% oleh Polis Diraja Malaysia, perkhidmatan “Mobile” Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Program Jualan Murah #KeluargaMalaysia.

Selain itu, orang ramai yang berminat turut berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sahabat Kita Demi Negara.

Zalia (Berbaju biru)

Orang ramai sudah mula memenuhi ruangan program seawal jam 8 pagi tadi.

Salah seorang yang ditemui, Siti Zalia Abdul Basil,16, berkata beliau datang bersama rombongan kelas daripada SMK Pekan Telipok.

“Kami mendapat tahu mengenai program ini apabila diberitahu oleh pihak sekolah.

“Program ini sangat menarik sebab kami boleh mendapat banyak maklumat-maklumat baharu, terutama sekali berkaitan keselamatan,” katanya.

Seorang lagi pelajar yang ditemui, Karina Mohd Nasser,16, berkata antara yang menarik perhatiannya adalah pameran-pameran anjuran pelbagai agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk hadir dan sama-sama memeriahkan lagi program itu.

“Bagi saya, antara yang menarik perhatian adalah pameran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ini adalah kali pertama saya melihat sendiri peralatan senjata yang dipamerkan.

“Kepada mereka di luar sana, boleh datang berkunjung ke program ini kerana banyak manfaat dan ilmu yang boleh diperolehi,” ujarnya.

Turut diadakan adalah sesi dialog dan pertunjukkan keselamatan daripada jabatan dan agensi yang terlibat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|