Kenyataan media:
Aksyah Nasrah
Mantan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)/Perikatan Nasional (PN) Sabah
*(kini Pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
1. Baru-baru ini, Mawar Channel salah satu Page Pro-Pembangkang telah menyebarkan satu Hansard soalan YB Tuan Assapal (DÜN Tungku) kepada Menteri Kewangan Sabah berkenaan kedudukan hutang kerajaan Sabah terkini. Berdasarkan handsard tersebut, tanpa segan silu, Admin Mawar Channel ini mendakwa , bahawa YAB DSP Hajiji dan Kerajaan GRS-PH Plus pimpinannya gagal mengurus kewangan negeri! Maka bersorak-sorailah konco-konco Pembangkang seolah-olah mereka sudah menang mutlak dan seperti biasa menghumban kata-kata “KERAJAAN GAGAL”!
2. Menerusi komen-komen penyokong pembangkang, mereka kelihatan amat berbangga dengan kejayaan Presiden Warisan yang berjaya melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM1billion semasa beliau menjadi Ketua Menteri, dan menolak tawaran pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atas alasan , bahawa Kerajaan WarisanPlus mampu berdikari!
3. Hakikatnya, peningkatan jumlah pinjaman dalam konteks ekonomi negeri/negara bukanlah petanda sesebuah kerajaan itu telah gagal mengurus kewangannya. Itu adalah tuduhan yang sangat dangkal dan tidak lebih hanya berniat menimbulkan persepsi negatif terhadap YAB DSP Hajiji dan Kerajaan GRS-PH Plus. Antara tanda-tanda kurangnya pengetahuan, pengalaman dan ilmu berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negeri pihak pembangkang, mudahnya saya ringkaskan begini:-
– Menganggap peningkatan pinjaman persekutuan satu kegagalan mengurus kewangan dan beban Kerajaan;
– Menganggap melunaskan hutang lapuk satu kejayaan dan petanda besar prestasi pengurusan wang dan ekonomi negeri yang baik; dan
– Menganggap Hanya Hasil Billion-billion Negeri digunakan untuk menjana pembangunan negeri Sabah termasuklah pembangunan infrastruktur.
4. Untuk makluman, sebenarnya pinjaman persekutuan yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan itu adalah bersifat “Good Debt” yang bermaksud hutang yang memberi manfaat kepada rakyat. Contohnya, kita meminjam bank untuk membina dan merenovasi rumah. Sudah tentu ianya bertujuan untuk manfaat jangka panjang. Demikian juga pinjaman persekutuan kepada Kerajaan negeri, untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini bağı manfaat kepada rakyat Sabah.
5. Dalam membelanja dan menggunakan pinjaman ini, ianya mempunyai peringkat dan proses-proses perlaksanaannya. Bukan seperti dakwaan pembangkang yang sering mempersoal ke mana wang itu dibelanjakan hingga ada yang menuduh ianya disalahgunakan! Kepada para pembangkang, dana pinjaman ini sudah digunakan dan projek sedang berjalan. Projek ini bukan seperti membaiki lubang jamban pemimpin anda yang boleh siap sehari!
6. Rakyat tidak perlu risau ke mana wang pinjaman itu digunakan kerana Jabatan Audit Negara saban tahun melakukan audit penggunaan dana awam! Dan untuk rekod, Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB DSP Hajiji turut mendapat pengiktirafan sebagai salah satu negeri terbaik pelaksanaan tatakelola pengurusan kewangan awam di negara kita! Mungkin ketika pembangkang menjadi pemerintah, merekalah yang biasa menyeleweng dana awam apabila menguruskannya hingga kerap kali menuduh Kerajaan GRS tidak berintegriti. Bak kata orang-orang tua, satu jari telunjuk dituju pada orang lain, empatnya akan berbalik menunjuk ke arah kita!
7. Pembangkang juga mempersoal dan memperlekehkan hasil Kerajaan Negeri di bawah GRS yang diumum berbillion-billion. Memang tidak dinafikan di bawah Kerajaan GRS-PH Plus, negeri berjaya mendapat hasil berbillion-billion yang menjadi sebab hasad dengki pembangkang hingga menjadi bahan lawak kepada mereka kerana mereka tidak mampu melakukannya! Buktinya, ketika Warisan memerintah, mereka mengurus negeri ini ibarat “tikus membaiki labu” dan “monyet mendapat bunga”! Jika benar mereka bijak, mengapa keadaan ekonomi kita menjunam ke paras Negatif peratus!? Sukacita saya maklumkan merekalah yang sebenarnya adalah Kerajaan Paling Gagal pernah dimiliki oleh rakyat Sabah! Sudahlah gagal mengurus ekonomi negeri, “monyet-monyet di hutan pula seringkali disusukan”!
8. Berbalik ke isu ini… Mengapa Kerajaan Persekutuan menawarkan pinjaman? Sebenarnya, prestasi ekonomi negeri yang amat baik, meyakinkan dan mampu untuk membayar balik pinjaman sehingga mencapai tempoh matang adalah faktor mengapa tawaran pinjaman itu diberikan. Analoginya mudah, jika kita ingin membeli kereta, pihak bank akan terlebih dahulu meneliti kemampuan kewangan kita sama ada layak atau tidak. Ini untuk meyakinkan pihak bank bahawa peminjam mampu bayar balik dan tidak mungkin akan jatuh bangkrap sekiranya gagal membayar balik pinjaman tersebut. Demikian juga dalam senario ini, pinjaman bukanlah bererti negeri kita gagal dan ekonomi merudum. Sebaliknya ianya adalah salah satu petanda keyakinan negara (Kerajaan Persekutuan) terhadap prestasi negeri kita yang bijak mengurus kewangan!
9. Ada netizen yang melontarkan persoalan mengapa perlu meminjam sedangkan hasil meningkat? Selain digunakan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur, pinjaman yang dibuat juga bertujuan sebagai dana tambahan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri. Untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan negeri, kita tidak boleh hanya bergantung kepada hasil-hasil cukai dan aktiviti ekonomi yang lama dan sedia ada. Menyedari hakikat itulah, YAB DSP Hajiji dan pemimpin-pemimpin GRS-PH Plus telah merangka pendekatan baharu dengan meneroka peluang-peluang ekonomi yang baharu dan mampan untuk manfaat jangka panjang rakyat Sabah. Inilah yang gagal difahami oleh Pembangkang. Dan mereka ingin rakyat mempercayai mereka dan membawa mereka ke jurang kejahilan dan kegagalan seperti mereka!
10. Saya lihat, pembangkang hanya tahu memesongkan fikiran rakyat agar rakyat mempercayai pembohongan mereka bahawa YAB DSP Hajiji dan Kerajaan GRS-PH Plus yang dipimpinnya adalah Kerajaan Gagal! Mereka mempersoal ke mana hasil berbillion-billion yang diperolehi negeri. Lebih hina lagi apabila ada yang menuduh “masuk poket pemimpin”! Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita, hasil berbillion itu ibaratnya adalah Aliran Tunai atau bahasa mudahnya Wang Tunai (Cash Money). Dengan aliran tunai yang kukuh, ekonomi negeri kita berada dalam landasan yang tepat. Contohnya dalam urusan ekonomi rumahtangga. Biarpun kita menanggung hutang kereta, rumah, bil-bil semasa dan perbelanjaan dapur, tetapi jika kita memiliki aliran wang tunai yang stabil dan simpanan yang banyak, kedudukan kewangan keluarga kita boleh dikatakan sebagai kukuh! Analogi ini menunjukkan Pembangkang sah dangkal ekonomi! Persoalannya, inikah parti yang ingin diberikan mandat memimpin negeri kita akan datang?? Saya yakin, sekiranya mereka diberi mandat, selain tikus, mereka juga boleh berubah menjadi monyet sesuai dengan pepatah, ibarat monyet mendapat bunga, rosak negeri kita!
11. Kesinambungan dari itu juga, menerusi pinjaman itulah, selain infrastruktur, Kerajaan GRS-PHPlus turut berjaya melaksanakan program yang meningkatkan tahap pembangunan sosio-ekonomi rakyat! Dengan program/projek pembangunan sosio-ekonomi rakyat, banyak aktiviti ekonomi huluan dan hiliran dapat diaktifkan. Pengembangan ekonomi tempatan inilah yang akan menjadi paksi atau asas penting kepada kukuhnya ekonomi negeri kita! Sebab itulah kita pernah mendengar kempen kempen Kerajaan Persekutuan “belilah barangan buatan Malaysia”, yang tujuannya agar pengusaha dan penggiat ekonomi tempatan tetap aktif dan pusingan ekonomi dalam negeri/negara mengembang tanpa perlu bergantung kepada faktor luaran! Inilah teori ekonomi yang benar. Sebab itu di bawah Halatuju SMJ, kegiatan ekonomi tempatan turut menjadi keutamaan agar asas ekonomi negeri sentiasa kukuh dan berakar! Justeru itu, saya nasihatkan para pembaca, jangan percaya apa yang pembangkang cakap. Mereka berpolitik ibarat menjual ubat kuat yang tidak mendapat kelulusan KKM, akhirnya yang termakan akan jadi mati pucuk dan mengalami pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari!
12. Sesungguhnya, kepimpinan YAB DSP Hajiji dan pemimpin-pemimpin GRS telah berjaya membawa keluar Sabah dari lingkaran ganas prestasi ekonomi yang merudum disebabkan oleh kegagalan kerajaan sebelum ini yang tidak tahu bagaimana menguruskan negeri ini dengan baik! Apa yang jelas, pembangkang cuma tahu membatalkan kontrak yang tidak menguntungkan parti mereka hingga tidak menghiraukan tindakan ini hanya merugikan negeri kita! Jika saya mengira mengikut matematik ringkas pun, sebenarnya tiada masalah Kerajaan Negeri hari ini membayar hutang RM6billion tersebut sekaligus kerana hasil negeri pun dijangka akan mencecah RM7billion tahun ini! Namun, dalam pengurusan ekonomi dan kewangan, kebijaksanaan amat penting. Membayar hutang itu sudah tentu baik, namun berhutang itu belum tentu jahat! Kita meminjam untuk menambah kemakmuran negeri. Jika benar pinjaman itu jahat, kuncup ekonomi kita, hancur negeri kita!
Deasoka