Kenyataan Media oleh Aksyah Nasrah
Mantan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)/Perikatan Nasional (PN) Sabah
(kini Pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
1. Saya lihat, Strategi pembangkang tidak berubah untuk misi kemenangan PRN-17 Sabah kali ini. Sebagaimana PRN-16, semasa Warisan menumbangkan UMNO/BN, mereka menonjolkan bahawa mereka ingin SELAMATKAN SABAH!
2. Pada masa yang sama, mereka melancarkan serangan politik bertali-arus terhadap YAB DSP Hajiji dan kabinetnya, dan meracuni fikiran rakyat dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif atas dakwaan Kerajaan GRS adalah Kerajaan Gagal.
3. Pembangkang sanggup memfitnah semata-mata untuk kuasa! Mereka sudah ke hadapan dalam bab fitnah kerana turut menggunakan aplikasi audio. Amat dahsyat! Lebih menyedihkan, generasi muda termasuk Mahasiswa ditunggang untuk keuntungan politik! Dosa dan pahala tolak ke belakang, yang penting mereka merampas semula pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah!
4. Segala kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan GRS merangkumi sosio-ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang sedang giat dijalankan, terus dinafikan dengan memberi fakta yang salah dan jauh dari kebenaran!
5. Saya bimbang, seandainya perkara ini dibiarkan, tidak mustahil mereka mungkin berjaya mencapai misi mereka! Hitler contohnya, dalam kempen Perang Dunia 1, beliau berjaya membangkitkan emosi dan semangat rakyat German melalui pendekatan “Pembohongan Besar” atau “Big-Lie”! Inilah juga kaedah yang digunakan oleh jentera Gerak Saraf dan Perang Saraf pembangkang ketika ini.
6. Hakikatnya, pada saya Kerajaan GRS adalah kerajaan terbaik untuk rakyat Sabah yang pernah ada! Boleh saya katakan ianya adalah Blok Politik Terbaik yang pernah wujud setakat ini! Banyak kejayaan telah dicipta dan dicapai oleh kerajaan ini. Tiada yang gagal, melainkan berjaya! Itulah antara sebab mengapa saya mengambil tindakan keluar daripada BERSATU/PN! Parti ini, direka untuk rakyat Sabah!
7. Selain itu, dakwaan “Penyakit 3 serangkai” oleh pembangkang, semuanya dalam proses pembinaan dan menunggu siap. Hasil Negeri yang kita perolehi juga sudah dibelanjakan selaras dengan matlamat Halatuju SMJ, iaitu melaksanakan program-program untuk meningkatkan kemakmuran sosial meliputi kesihatan, kebajikan rakyat, aktiviti ekonomi pengusaha tempatan, pendidikan dan modal insan.
8. Saya yakin, rakyat Sabah tidak mahu masuk ke lubang kegagalan sekali lagi akibat percaya sorak-sorai pembangkang! Dasar politik Pembangkang seperti Warisan yang kerapkali menyokong permohonan kerakyatan kepada PATI oleh pemimpin utama mereka amat membimbangkan dan patut dijadikan pengajaran. Terkadang saya hairan, mengapa masih ada anak negeri dari kalangan KDMR masih ada yang menjadi pemimpin dan balaci kepada parti sebegini!
9. “Pembohongan Besar” (Big Lie), Manipulasi Fakta, Persepsi Negatif.. inilah cara Warisan menjatuhkan kerajaan sebelum ini. Malangnya, terkini UMNO/BN Sabah ibarat membantu Warisan menjayakan misi mereka kerana turut menggunakan pendekatan yang sama! Persoalannya; Inikah Kerajaan dan Pemimpin yang rakyat Sabah inginkan? Jangan sampai nanti terjadi Kerajaan Tikus Membaiki Labu dan Lembu Dicucuk Hidung nanti! Pendekatan mereka sama, dan tentulah tahap kehancuran pada Negeri dan rakyat Sabah akan bertambah! Fikir-fikirkan!
“Pepatah Arab ada menyatakan, jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita juga akan mendapat wanginya. Jika kita berkawan dengan orang tukang besi, kita akan menerima bahangnya, akan mengoyakkan baju kita”.
Deasoka