Tungku perlu balai bomba: Abdul Hakim

Tungku perlu balai bomba: Abdul Hakim

TUNGKU: Sebuah balai bomba dilihat sangat diperlukan di daerah Tungku berikutan keluasan kawasan dan penduduknya serta jarak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu yang agak jauh.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tungku,Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan berkata sekiranya berlaku kejadian melibatkan bomba dan penyelemat maka ia akan mengambil masa untuk sampai ke daerah itu.

Abdul Hakim yang juga Timbalan yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), berkata demikian kepada media semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Kecil Tungku, semalam.

“Selain daripada itu saya juga meminta kerajaan negeri untuk menyediakan dewan yang lebih luas dan kondusif untuk kegunaan penduduk di sini,” katanya.

Mengulas mengenai acara tersebut, beliau sangat teruja dan tidak menyangka ia sangat meriah dengan kehadiran orang ramai.

“Sangat gembira dan memang ramai datang tidak dijangka, ini adalah untuk kita eratkan silaturrahim antara kita semua dengan rakyat di akar umbi,” ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu, Ketua Bahagian PGRS Silam, Datuk Mizma Appehdullah dan Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen dan Ketua Wanita PGRS Tungku, Zueraidah Asdain.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|