Buaya di tembak mati di Kg Sapagaya

Buaya di tembak mati di Kg Sapagaya

LAHAD DATU: Mengancam penduduk setempat, seekor buaya jantan tembaga sepanjang hampir 4 meter ditembak mati oleh pasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Kampung Sapagaya pada Selasa lalu.

Menurut Pembantu Hidupan Liar JHL Lahad Datu,Sylvester Wong, pihak mereka menerima aduan dari orang kampung tersebut sekitar 9.00 malam.

“Seekor buaya telah timbul di sungai Sapagaya berhampiran rumah penduduk, dan mereka risau ia akan membahayakan penduduk lain,”katanya.

Menurut beliau, dua orang kakitangan JHL kemudiannya bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, satu das tembakan telah dilepaskan terkena pada buaya itu dan bangkai reptilia berkenaan berjaya diangkat dengan bantuan orang kampung kemudian bangkai di ambil untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu JHL juga menerima aduan penduduk kampung yang sering melihat kelibat buaya di kawasan tersebut dan dianggarkan lebih kurang lima ekor buaya yang berlainan saiz di kawasan itu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|