Program USR UCSF di Kg Timpangoh Babagon

Program USR UCSF di Kg Timpangoh Babagon

PENAMPANG: Program University Social Responsibility (USR) University College Sabah Foundation (UCSF) membuka tirai tahun 2024 dengan mengadakan kunjungan ke Kampung Timpangoh Babagon.

Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris mengetuai sendiri kunjungan ke kampung itu dengan disertai oleh rombongan Hal Ehwal Libat Sama Komuniti.

Kunjungan UCSF disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu, Kasim Gisi bersama penduduk kampung.

Dalam rombongan itu, Dr Rafiq Idris banyak berkongsi mengenai peluang pendidikan yang disediakan oleh UCSF dan kesediaan universiti itu dalam membantu komuniti melalui program-program yang dijalankan di UCSF dan hal-hal yang berkait pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa UCSF sangat prihatin dalam hal berkaitan pembangunan pendidikan di Sabah dan akan terus mencari peluang bagi meningkatkan kesedaran pendidikan dan berkongsi peluang pendidikan serta pembiayaan pendidikan kepada masyarakat di Sabah khususnya melalui UCSF.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|