Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142, di Perdana Putra, di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat yang bermula 11 pagi itu, turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.

Esok, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265 di Istana Negara.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|