Peranan Giat MARA terus diperkasa: Raime

Peranan Giat MARA terus diperkasa: Raime

TENOM: Peranan Pusat GIAT MARA akan terus diperkasakan sesuai dengan fungsi dan matlamat dalam melahirkan insan khususnya para belia dan beliawanis yang berkemahiran, berdayasaing serta mandiri.

ADUN Dilantik, Datuk Raime Unggi merangkap Ketua Bahagian UMNO Tenom menegaskan bahawa iltizam kerajaan adalah berterusan sesuai dengan matlamat pengwujudan Pusat GIAT MARA sejak awal penubuhan dalam usaha membantu rakyat khususnya bumiputera.

Raime mengadakan lawatan rasmi di Pusat GIAT MARA daerah Tenom buat julung kalinya sejak dilantik sebagai Penasihat Pusat GIAT MARA Tenom oleh Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) Malaysia.

Terlebih dahulu, beliau bersama rombongan kepimpinan Bahagian UMNO Tenom telah mendapat taklimat mengenai perkembangan dan pencapaian semasa Pusat GIAT MARA Tenom daripada Norhazrillah Latif, Pengurus Pusat GIAT MARA Tenom.

Pada masa yang sama beliau yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen sejak 2004 sehingga 2018 ketika era kerajaan BN mengimbas komitmen beliau dalam menjayakan terlaksananya pembinaan bangunan Pusat GIAT MARA yang baharu ini dan memperjelaskan akan fungsi dan peranan beliau selaku Penasihat di Institusi berkenaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|