Polis Tawau rampas 2kg syabu, 6 lelaki diberkas

Polis Tawau rampas 2kg syabu, 6 lelaki diberkas

TAWAU: Polis berjaya merampas kira-kira 2 kilogram dadah jenis syabu dengan tangkapan enam suspek lelaki dalam kejadian di Kampung Indera Sabah, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner; Jasmin Hussin dalam sidang medianya hari ini mendedahkan, rampasan syabu seberat 2,016.92 gram itu adalah bernilai lebih RM120,000.

“Dalam serbuan sekitar jam 1.30 pagi itu, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau berjaya menahan enam suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan dan bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Pemeriksaan lanjut polis di dalam rumah, kita telah menemukan sebuah beg mengandungi bungkusan plastik yang didalamnya bungkusan berwarna keemasan bertulis Freeso-Dried Durien yang mengandungi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah anggaran berat kasar dadah adalah seberat 2,016.92 gram dan kesemua suspek telah ditahan dengan barang kes dirampas untuk siasatan lanjut, ” katanya.

Jelas beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dengan lima daripadanya warga Indonesia manakala seorang lagi rakyat tempatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|