Pelajar UCSF jayakan Program Khidmat Masyarakat di CFFM

Pelajar UCSF jayakan Program Khidmat Masyarakat di CFFM

PAPAR: Seramai 16 orang pelajar dari Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) telah menjayakan Program Khidmat Masyarakat di rumah kanak-kanak Caring For Future Malaysia (CFFM) di sini pada Sabtu lalu.

Projek ini dikendalikan penuh oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik dan diketuai oleh pensyarahnya, William Bunyau.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan gotong-royong, bercucuk tanam dan sumbangan barangan asas kepada CFFM.

Ketua program itu, Ritchie berkata mereka sangat bangga kerana dapat menyumbang kepada komuniti menerusi program khidmat masyarakat itu.Katanya, inisiatif itu mengajar mereka tentang nilai-nilai kesederhanaan dan kerjasama.

“Aktiviti khidmat masyarakat sering dilaksanakan di UCSF bagi mendekatkan warga UCSF dengan komuniti luar disamping memupuk semangat kesukarelawanan”, katanya.

Menurut William Bunyau, UCSF akan terus komited untuk melaksanakan lebih banyak program seperti itu bagi mendekatkan diri pelajar dan staff bersama dengan komuniti luar.

”Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris berkata, program khidmat masyarakat itu memberikan impak yang baik dari segi pembangunan sahsiah pelajar dalam memahami hidup yang mencabar yang dialami oleh pelbagai komuniti di luar universiti.

Katanya, UCSF sentiasa menggalakkan dan menyokong program seumpama itu khususnya yang melibatkan pelajar, kakitangan dan alumni UCSF.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|