Maritim tahan bot kargo bawa lebih muatan

Maritim tahan bot kargo bawa lebih muatan

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo dengan muatan barang kawalan yang melebihi had dibenarkan di kedudukan 0.89 batu nautika Utara Sungai Melayu, Tawau pada pukul 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahlizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia dalam siri Operasi Khas Cegah PATI dan Operasi Tiris telah berjaya menahan sebuah bot kargo bersama dua warga tempatan yang membawa muatan beras dan gula melebihi had yang telah dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati juragan dan kru bot disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam 1967, membawa barang melebihi menifest dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa 3 tan beras dan 3.5 tan gula dengan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000 selain turut gagal mengemukakan lesen bot.

“Bot kargo bersama juragan dan kru telah dibawa jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya, “katanya.

Jelas beliau, Maritim malaysia akan terus tingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas anggota Maritim Malaysia.

Orang awam juga diseru untuk meberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Zon Maritim Tawau ditalian 089- 752116 atau hubungi MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|